Tuesday, December 31, 2019

AlBaqarah56


1.2.56.
Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 56:


Ringkasan tafsir;

Apabila nabi Musa melihat bani Israel mati bergelimpangan dipanah petir halalintar, maka Nabi Musa berdoa kepada Allah; “Ya Tuhan ! mereka telah keluar bersama-sama aku kemari dalam keadaan hidup, kalau engkau yag Tuhan hendak mematikan mereka, mengapakah Engkau tidak mematikan sebelum mereka datang kemari?”.  Maka Allah menerima doa nabi Musa dan bangkitlah kaum Yahudi yang mati dipanah petir itu bangun hidup semula satu demi satu seramai  70 orang yang berada diatas gunung Tursina itu (1.2.55).  Inilah nikmat yang telah dikurniakan kepada bani Israel yang telah mati dihidupkan kembali.





.
Sumber,
Terjemahan (1.2.51~60);
[GS]
https://t.co/J8CQgG3SKk
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 


Monday, December 30, 2019

AlBagawah55


1.2.55.
Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 55:

Ringkasan tafsir;
Allah telah menerangkan tentang perangai buruk bani Isreal, apabila diberi peluang untuk mendengar firman Allah diatas diatas gunung Tursina, suara firman itu dapat didengar oleh kaum Yahudi semasa diatas bukit Tursina; “Aku adalah Allah. Tiada tuhan melaink Aku, Aku keluarkan kamu dari bumi Mesir dengan kekuasaan kudrat, oleh itu sembahlah Aku dan jangan kamu menyembah yang lain”.  Dan kemudian berkatalah bani Israel kepada Nabi Musa; “kami tidak akan percaya kepada engkau sebelum kami melihat Allah berterang-terangan”. Oleh kerana kaum Yahudi melampau batas maka kilat halalintar membinasakan kaum tersebut, sedangkan kamu (Musa) melihatnya. 





.
Sumber,
Terjemahan (1.2.51~60);
[GS]
https://t.co/J8CQgG3SKk
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 


via, 

knajidadsgmail@yahoo.com
(mykadsmartherbs@gmail.com).

Al-Baqarah53


Surah Al-Baqarah (53~54)

Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 53~54:
Ringkasan tafsir;

Ayat 53, Allah memperingatkan kepada bani Israel, Allah turunkan kitab Furqan (Taurat)  kepada nabi Musa untuk membezakan antara yang benar dan salah, mudahan kamu dapat petunjuk.

Ayat 54, menjelaskan bahawa nabi Musa telah menyeru kepada kaumnya yang telah menaniayai diri-diri mereka sendiri dan bertaubatlah kepada Allah, dan lebih baik membunuh diri agar Allah menerima taubatnya.  Disini menjelaskan bahawa murtad dalam kitab Taurat adalah dihukum bunuh.  Tapi walau bagaimana pun dalam kitab Quran menyebut bahawa mereka bertaubat hendaklah kembali kepada Islam dan hanya hukuman bunuh dilaksanbakan apabila mereka yang bertaubat itu engkar enggan untuk bertaubat.
,
Hanya 4 syarat bertaubat dalam syariat Islam (Quran);
1. Bertaubat.
2. Menyesali dosanya.
3. Tidak akan melakukan lagi.
4. Bertaubat tiada paksaan (maknaya jangan sampai hampir kena bunuh baru nak bertaubat).
 


.
Sumber,
Terjemahan (1.2.51~60);
[GS]
https://t.co/J8CQgG3SKk
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/113136723211506761616/posts/RkrHTCRsrEt


via, 

knajidadsgmail@yahoo.com
(mykadsmartherbs@gmail.com).