Saturday, December 1, 2018

Al-Imran Ayat 27

3.3.27
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 27:

.

Ringkasan tafsir;

Bersambung dari ayat diatas (26) tentang kekuasaan Allah, maka ayat ini pula menerangkan lebih jelas tentang kurnia nikmat Allah kepada manusia;

Allah berkuasa adakan siang dan malam itu ada masanya yang panjang dan ada masanya pula pendek.

Allah berkuasa keluarkan orang berpengetahuan alim daripada kejahilan.

Allah berkuasa memebri rezeki kepada sesiapa yang Allah kehendaki dengan tidak terkira.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 21~30,
 [GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     


Al-Imran Ayat 26

3.3.26
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 26:
.

Ringkasan tafsir;
Oleh kerana orang munafik dan ahli kitab masih mengingkari kenabian Muhammad, maka ayat ini telah turun untuk menghiburkan hati Rasulullah sebagai mengingatkan nya akan adanya kudrat dan kekuasaan Allah untuk menolongnya dan meninggikan syiar Islam. Maka tidak ada jalan lain melainkan hanyalah kembali sahaja kepada Allah untuk bermohon dan berdoa kepada Allah, dan semuanya itu ada didalam kekuasaan Allah, Allah lakukan apa yang dikehenndaki Nya.

Mereka yang kufur itu dari kalangan munafik kerana musyrik tetap dengan kejahilan kerana melihat Nabi itu serupa dengan mereka dalam keadaan makan, minum dan berjalan-jalan seperti mereka. Dan kufur dikalangan ahli kitab pula kekal dengan kesombongannya tidak mengakui seseorang Nabi itu jika bukan dari kalangan mereka.

Oleh itu sabarlah, ditangan Allah segala kebaikan yang Allah berikan kepada kaum mukmin, Ingatlah;  

Allah mempunyai kekuasan penuh mentadbir semua urusan dan menegak neraca peraturan yang tetap dialam ini.
Allah mengurniakan kerajaan kepada hamba-namba nya yang Allah kehendaki.

Allah mencabut dan melenyapkan kerajaan dari sesiapa yang Allah kehendaki.


Dalam tafsiran lain pula ada menyebut, bahawa Nabi telah memohon kepada Allah agar Allah jadikan kerajaan parsi dan Rom akan dapat ditakluki dan dibawah kekuasaan umat Islam pada suatu hari nanti. Doa Nabi itu telah dikabulkan oleh Allah selepas wafatnya Rasulullah dalam beberapa tahun, kerajaan Parsi dan Rom dapat ditakluki oleh Kerajaan Islam
.

.

[previous] [next] [home]
.
SUMBER RUJUKAN,
Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
21~30, 
[GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


.