Juz:3,Surah:3.
Ringkasan tafsir;
Oleh kerana orang munafik dan ahli kitab masih mengingkari kenabian Muhammad, maka ayat ini telah turun untuk menghiburkan hati Rasulullah sebagai mengingatkan nya akan adanya kudrat dan kekuasaan Allah untuk menolongnya dan meninggikan syiar Islam. Maka tidak ada jalan lain melainkan hanyalah kembali sahaja kepada Allah untuk bermohon dan berdoa kepada Allah, dan semuanya itu ada didalam kekuasaan Allah, Allah lakukan apa yang dikehenndaki Nya.
Allah mengurniakan kerajaan kepada hamba-namba nya yang Allah kehendaki.
Allah mencabut dan melenyapkan kerajaan dari sesiapa yang Allah kehendaki.
Dalam tafsiran lain pula ada menyebut, bahawa Nabi telah memohon kepada Allah agar Allah jadikan kerajaan parsi dan Rom akan dapat ditakluki dan dibawah kekuasaan umat Islam pada suatu hari nanti. Doa Nabi itu telah dikabulkan oleh Allah selepas wafatnya Rasulullah dalam beberapa tahun, kerajaan Parsi dan Rom dapat ditakluki oleh Kerajaan Islam.
.
[previous] [next] [home]
.
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 21~30,
[GS] https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
.
No comments:
Post a Comment